kelip-kelip di luar jendela, terbang rendah dilembah dini, laman ku bina menzahir jiwa, ekspresi hati intuisi diri

Monday, August 22, 2011

CUTI2 KUCHING (PART I0)


TAMAN ORKID DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU) KUCHING

rite all, jalan2 kpit seterusnya adalah ke taman orkid DBKU yg terletak x jauh dr muzium kucing..dan terletak bersebelahan dgn Dewan Undangan Negeri (DUN) sarawak dan ASTANA negeri. taman ini dibina pd November 2007 dan siap sepenuhnya pada Mei 2008 dgn menelan belanja kos sebanyak RM 8.97 juta!..wowww! taman orkid DBKU ini dirasmikan oleh ketua menteri pehin sri abdul taib mahmud pd Mac 2008.

taman orkid ini terletak di tapak seluas lebih enam hektar di jalan istana, petra jaya.. hmm, bg kpit taman ini amatlah sesuai kpd pelancong2 yg gemar pd bidang hortikultur dan botanikal. byk maklumat dan info yg berguna dpt ditimba disini, apatah lagi kesemua spesis orkid dipamerkan secara dekat kepelbagaian jenis dan warna2 tanaman orkid jenis hibrid serta yg ditanam dikawasan terbuka dan teduhan yg menyerupai habitat semulajadi spesis2 orkid ini.

kpit diberitahu oleh penjaga disini, keseluruhan taman ini memiliki koleksi sebanyak 40 000 tanaman orkid..fuyooo!

taman ini dibuka setiap selasa hingga ahad, termasuklah pd cuti umum. masa lawatan pd 9.00 pg-6.00 ptg..hari ISNIN TUTUP taw!..

tarikan utama disini ialah orkid borneo yg terkenal dgn kecantikan bunganya dan berpotensi dijadikan tanaman hortikultur. orkid borneo yg terdapat di taman ini seperti lady, slipper,vanda diarrei, dan beberapa jenis lagi...x tersebut kpit nama2 saintifiknyer nndokk oit!

cantiknyer tumbuhan ciptaan Allah swt nie...

letih nak menapak nokss...kene mendaki bagai..hehehe

fuhh!,..berpeluh ketiak juga la nak abiskan meround satu taman nie...tp mmg berbaloi abiskan masa disini...jgn lupa kalau ke kuching utk berjalan kesini, TIADA BAYARAN dikenakan utk masuk ke sini..hehehe.


PASAR SATOK, KUCHING

yeyyyy!...last place to go!...hehe well kpit dah smpai ke pasar satok yg cukup famous dgn jualan ikan terubuk masin dan udang galah yg 'walla' beso nyer...hihihi.. pasar satok nie juga dikenali sbg pasar tamu dewan bandaraya kuching utara (DBKU)..pasar nie pasar basah..so mmg tmpt utk mencari barang2 basah ajelah...kpit kesini sbb nak memborong ikan terubuk masin yg popular di kuching nie!

bestnyer kat sini..semua ikan2 terubuk nie dijual secara 'fresh' dan dibuat ikan masin..so mmg x sesuwai utk kpit membeli ikan terubuk fresh nie sbb flight balik kami pukul 8.00 mlm...huhu..so yg dpt dsambar ialah ikan terubuk masin ajew..udang galah?..sorry, x digalakkan...heheh

tu diaa...berlengkor2 udangnyer!...hahaha.. tp sayang, x boleh d bawa pulang!..aisehhhh

mcm2 cara peniaga2 kat sini promosikan jualan ikan terubuk masing2...ada gred2 ikan terubuk nie, so kalau nak yg SODAP kenelah melabur sikit utk dapatkan gred ikan terubuk yg terbaik!..hehehe...

inilah antara proses utk membuat ikan terubuk masin....ikan terubuk nie dibelah dua, kemudian garam disapu dan dimasukkan utk tujuan pemasinan..( eh ada ke perkataan pemasinan?..hahahah)


hah! tu dia!...heheh brader nie mmg saja nak promote jualan depa kat kpit nie..saja ja p letak kertas iklan depan camera kan!...hahaha

yg bestnyer kalau kita membeli ikan terubuk masin atau apa sahaja jualan disini, kita akan dimudahkan oleh peniaga2 disitu dengan kemudahan pembungkusannya ...tgk aje kami borong ikan terubuk masin yg dibawa oleh papanudin tu, cantik depa membungkusnyer, x dak bau, kuat, kemas dan mmg ssuwei utk hand-luggage kita nanti... ; )


BYE- BYE KUCHING!...meoww..meow...

meoWww...meoOoWww...

selamat tinggal kuching!....byk sekali pgalaman dan keindahan panorama sepanjang 4h3m kpit disini...berbaloi2 rasanya oliday kpit kesini..meskipun tanpa ditemani papanudin, tp kpit bangga dpt atur masa, buat research dan berkenalan dgn warga kuching yg ramah tamah dan sedia membantu...neway, harap sgt dpt bercuti lg dgn fmly....
semoga kita berjumpa lagi di lain masa KUCHINGku!...wink*wink*










Monday, August 15, 2011

RENDANG AYAM KELIP2 KPIT

salam ramadhan semua!...hehee..hmm resepi rendang kelip2 KPIT nie kpit nak kongsi sama2 anda semua..inilah resepi kedua yg kpit mtk pd mak masa kpit memula kawen dulu..hahaha. kebetulan tadi masa tgh berfesbuk, sepupu kpit yg rajin memasak tanyakan pasal resepi rendang nie.. bkn nak citer sbb nak kata sedap, tp inilah resepi rendang yg plg mudah bg kpit buat...rasanya mmg SEDAPP!..hahaha. adik kpit si alin tu pon da penah cuba buat, katanya whole fmly papari sukaa!..hehe : ) neway, TQ ma ur still d good chef for kpit!..still in learning process ya maaa...

resepi RENDANG KELIP2 KPIT

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
3 sudu besar kerisik
1/2 cawan minyak masak(utk menumis)
1 cawan santan cair
1/2 santan pekat
garam, gula, aji
daun kunyit (dihiris2)
daun limau purut
1 btg serai (dititik)
2 keping asam keping

BAHAN KISAR:
3 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
sedikit kunyit/serbuk kunyit
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
segenggam cili api
4 sudu besar cili boh
4 btg serai

CARA-CARA:
1) panaskan minyak, tumis semua bhn kisar dan serai yg dititik hingga pecah minyak
2)masukkan ayam, tggu hgga ayam empuk
3)masukkan santan cair, garam, gula, aji, asam keping. biar hingga mendidih
4)kemudian masukkan santan pekat, kerisik, hirisan daun kunyit dan daun limau purut
5)bila dah mendidih, perlahankan api, kacau sekali-sekala. tggu hgga kuah pekat
taraaaa...siap dihidangkan!


selamat mencuba!

Thursday, August 11, 2011

CUTI2 KUCHING (PART 9)

assalammualaikum...ok, bertemu kembali setelah seminggu kpit x memblogging nie..hehehe, ok kpit nak bercerita ttg jalan2 kpit di kuching...dan kali nie kpit nak bawak semua menaiki sarawak rivercruise...ollaaa!

mmg x sah kalau ke kuching jika kita x menaiki sarawak rivercruise nie krn ianya antara tarikan menarik yg mana anda boleh menaiki bot yg menyusuri sepanjang sungai sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya. well,kpit memilih matahari tours utk membeli tiket rivercruise nie, dan cik nurul yg menguruskan tiketnyer...so kpit terus terjah kesini setelah puas berjalan2 sekitar muzium cuti2 kuching part 8.

jeti bot yg mengambil penumpang letaknya di kuching waterfront aje...mmg strategik dan menjadi tumpuan ramai pelancong tempatan dan di luar negara. kedudukannya yg strategik memudahkan pelancong2 yg menginap di hotel spt hotel grand margharita, crown plaza riverside, hilton dan harbour view berkunjung ke waterfront pd bila2 masa sahaja sbb jaraknya yg dekat...sbb tulah kpit dah riki2 nak naik rivercruise nie sbb dr hari pertama dah nampak dia berlabuh cantik di pesisir waterfront nie...tp operasinya sebelah petang aje tau,sekali sehari aje.!


ok..inilah papan kenyataan pd sapa2 yg berminat nak naik rivercruise nie...bermula 5.30 ptg dan kita dibawa belayar sampai pukul 7 .00 ptg..tp trip kpit nie mmg paling best..nak tahu kenapa?..hahaha sebabnya kpit d bawa belayar sampai ke pukul 8.00 malam!! nak tahu kenapa?..TGGU!..hihihi

hmmm, kpit sekarang di dek atas sarawak rivercruise...indah dan damainya pemandangan di pinggir sungai sarawak nie...kpit x sabar nak menikmati pemandangan sunset yg diceritakan oleh nurul...pd tgh melayan perasaan nie terus teringat fmly kpit di semenanjung...aduhai, rindunyer kat anak2 & fmly yg ditinggalkan...huhuhu

cik nurul yg sabar menemani kpit berjalan2 satu hari di kuching!...smile nurul!

inilah antara pemandangan yg sempat kpit rakam...bangunan DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)...


ASTANA ( tmpt gabenor sarawak bertugas)...

bekas MASJID NEGERI SARAWAK...

BROOKE DOCKYARD's...

hehe..tu dia hotel kpit!...kpit duk kat tgkat 7...mgadap sg sarawak..mmg cantik viewnyer..bila mlm happening bila tgk pemandangan di kg boyan yg bertentangan dgn hotel kpit nie..

kampung2 di sekitar pesisir sg sarawak yg damai dan unik...

hah!..inilah sebab musabab kenapa trip kpit nie terbabas masa smpai kul 8.00 malam..ada SHOOTING cerekarama taw!..hahaha, kpit yg x bersalah nie kene cekup dek krew drama ASTRO nie jd extra utk cerekerama terbaru mereka...kikiki, kpit kene belakon jd pelancong yg naik rivercruise nie bsama2 hero & heroin ni..yg kelakarnya kene CUT dua kali..hahaa

hah inilah heronyer..kpit x kenai la namanya, to dia nie dah byk kali belakon drama kat TV...nama dia pelik la...hihihi..tajuk drama nie dah lupa, tp judulnya nama pompuan!..

inilah mahligai KETUA MENTERI SARAWAK, mmg besar mahligainya, ada kapal pesisir lg taw...terletak dihujung trip kpit nie sebelum rivercruise berpatah pulang ke jeti waterfront...


ok, ini pula pemandangan di tgkat bawah rivercruise...bhg nie tertutup dan beraircon...mmg nmpk luxury, dan lg best sepanjang belayar disediakan persembahan dan diberi minuman dan makanan ringan ( jus oren + kek lapis ) sewaktu belayar...bolee gtu?

abg2 iban yg dah selesai membuat persembahan...

sempat 'pose' lg tau!...hahaha

yibbaaa!..time dah 8.00 mlm! dah selamat sampai!..aduhai peyot kpit da mula berkeroncong dah nie...hmm, searching makan la pasnie k!

LAKSA SARAWAK!...hehe,,.inilah menu kpit bg mgisi peyot yg dah berkeroncong!..kpit menikmati laksa sarawak nie di gerai makanan yg happening d pesisir waterfront...rasanya bolee tahan laaa!..

ok, abis citer cuti2 kuching part 9 nie, so last but not least kene la tggu last update kpit utk CUTI2 KUCHING PART 10 pulak yew...hehehe























CUTI2 KUCHING (PART 8)


MUZIUM SARAWAK, KUCHING

jalan2 kpit seterusya ialah ke muzium sarawak, akuarium bandaraya dan taman muzium yg terletak di bandar kuching...x susah nak kesini sbb semua tmpt2 yg kpit sebutkan semuanya terletak dikawasan yg sama...so mmg dpt byk tmpt utk kita jln2 timba pgalaman... ; )


sarawak state museum ialah muzium yg tertua di borneo, ditubuhkan pd thn 1888, dibiayai/taja oleh Charles brooke white rajah. koleksi asalnya adalah utk mempamerkan dan menempatkan seni asli tempatan, kraf2 dan koleksi2 binatang tempatan yg dikumpulkan oleh Alfred wallace semasa beliau tggl di sarawak.

kpit x leh nak rakam gamba2 didalam muzium nie sbb kamera di larang utk mengambil gamba2 dlm muzium ini..tp mai kpit citer apa yg ada kat dlm tu..kat tgkat bawah terdpt koleksi sejarah semulajdi dan spesimen haiwan sarawak -reptilia, mamalia, burung2, pameran mukosa hdupan shell yg berkaitan dgn industri petroleum dll...

di tgkat satu dipamerkan artifak2 ethonologi dan etnografik spt model2 rumah panjang pelbagai kumpulan etnik di sarawak, alat muzik, pelbagai jenis ikan dan perangkap haiwan, kraftangan, model2 bot dll...kpit pon x amik masa lama disini sbb byk lg tmpat nak d tuju..masa pun da hampir nak ke pukul 5.00ptg..so kene 'rushing' ke tempat lain pula..

ini muzium seni..tp sayang, kpit x berkesempatan masuk sbb dah nak tutup...huhuhu

tggikan tiang pribumi sarawak nie....sayup!

AKUARIUM BANDARAYA
bersebelahan dgn muzium sarawak nie juga terdapat tmpt yg boleh dilawati iaitu Akuarium bandaraya..MASUK PERCUMA!..hehee..kat sini dihimpunkan koleksi ikan2 spt arowana, kap, ikan2 hiasan dan berbagai spesis ikan lain..( hmm, kpit bab ikan2 nie kurang minat, tp kalau bab mkn ikan kpit likeee!) hahaha

akuarium bandaraya nie dijaga dgn rapi dan bersih..

ikan arowana...

si labu-labi..hihihi

dugong kpit yg chomeyyyy!,... ; )


TAMAN MUZIUM/TUGU PAHLAWAN

berdekatan dgn akuarium bandaraya nie ada satu taman yg sgt damai dan lanskapnya pon cantik iaitu taman muzium. di taman nie adanya tugu peringatan yg dibina utk mengingati jasa pahlawan2 peribumi sarawak.

taman ini yg dikenali sbg museum garden ini asalnya perkuburan lama masyarakat cina di kuching, malah masih ada beberapa kubur cina di sebelah taman ini..hmmm mmg patut la damai dan tenang, sib baik ada si nurul temankan, serammmm!...hahaha

rekabentuk tugu ini nampak ringkas, tetapi ianya dihiasi dengan indah. motif ukiran masyarakat peribumi sarawak dgn jelas dpt dilihat disini. nampak x ukiran plak motif senjata2 masyarakat peribumi spt perisai, keris, lembing dll...

dibahagian bawah tugu ini kelihatan ukiran plak pahlawan2 masyarakat peribumi sarawak...bgus sgt adanya binaan tugu spt ini..sbbnya kita generasi muda yg aman, bebas dan merdeka dpt menghargai, menghayati dan mensyukuri akan jasa dan pgorbanan pahlawan2 ini...tanpa mereka semua kita mgkin tidak seperti yg ada sekarang...wahh patriotik la pula! : )


oklah, kpit akan smbung jalan2 kpit seterusnya di kuching waterfront...kpit akan menyusuri sg sarawak utk melihat pemandangan tepian sg sarawak dan menikmati sunset yg indah diatas kapal pesiar RIVERCRUISE!..tggu taw cuti2 kuching past 9 nanti!..