kelip-kelip di luar jendela, terbang rendah dilembah dini, laman ku bina menzahir jiwa, ekspresi hati intuisi diri

Saturday, July 23, 2011

CUTI2 TEH BOH SG PALAS C.H


seronok sekali bila sampai ke ladang Teh Boh Sungai Palas yg sering kpit lihat di kaca TV dan di dada akhbar, dimana ianya merupakan lokasi pelancongan terkenal di dalam dan di luar negara. Ladang ini terletak kira-kira 3.5 km dari Brinchang dan hanya 500 meter dari KEA FARM (selepas hotel Equtorial, Brinchang).


Ia merupakan salah satu daripada 3 ladang teh terbesar yang diuruskan oleh Syarikat Ladang Teh Boh Cameron Highlands, kawasan penanaman teh seluas saujana mata memandang. Gelombang bukit-bukau dengan jaluran tanaman teh yang menghijau seluas 8,000 ekar yang diberi nama jolokan the big green carpet atau the green wave. Penanaman teh di ladang ini diperkenalkan oleh John Archiba Id Russelnanak kepada seorang pegawai british pada 1929.


kpit punyalah kecut perut bila naha (adik jantan kpit) merentas jalannya yang agak sempit, berliku-liku dan perlu membunyikan hon di selekoh tajam.Untuk sampai ke sini anda perlu menaiki kenderaan ringan.Percutian anda ke Cameron Highlands seakan tidak lengkap jika tidak berkunjung ke ladang teh tertua ini...



kelip-kelip di pucuk bunga,
indah nian gemerlapan cahaya,
alangkah harum aroma tehnya,
nikmatilah teh BOH penghilang dahaga.. ;P


No comments:

Post a Comment