"Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, Aku penuhi panggilan-Mu,
tiada sekutu bagi-Mu. aku penuhi panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala puji nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu,tiada sekutu bagi-Mu."
tiada sekutu bagi-Mu. aku penuhi panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala puji nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu,tiada sekutu bagi-Mu."
Alhamdulillah, kak pit amat-amat bersyukur dan berterimakasih kepada ALLAH s.w.t. kerana telah memanggil, menerima dan memberi peluang pd kak pit utk mengunjungi Baitullah Hil-Haram dan Kota Madinah Al-Munawarah yang mana ianya adalah tempat suci umat Islam. kak pit pergi bersama abah dan rombongan seramai 8 org ( SV 831 KUL/JED ) melalui pakej Andalusia Travel & Tours. Jazakallahu kheir kak pit ucapkan pd papanudin dan mak krn memberi keizinan dan peluang utk kak pit mgerjakan ibadah umrah ini. shukran juga kak pit ucapkan krn menjaga anak2 sepanjang 12 hari kak pit ke tanah suci.
waktu nie, dada kak pit dup dap-dup-dap, jantung berdegup kencang, kaki semakin pantas melangkah, di iringi angin yg kencang... masjidilharam semakin hampir di depan mata!..terujanya perasaan masa nie, airmata menitis tanpa disedari krn x menyangka dpt menjejakkan kaki ke tanah suci ini. suhu walaupun terik tetapi sejuk berangin, alhamdulillah...( cermin mata kena pakai sbb terik matahari smpai mata x leh buka). bila malam bawa ke subuh punyalah menggigil sejuk...mcm kat tanah tggi cameron!.. : )
Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab : المسجد الحرام), adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat...atau tempat paling suci dalam Islam...dup-dap-dup-dap masih bergendang dlm hati bila mengingatkan KAABAH yg mmg kpit rindu ingin bersua bt pertama kali...subhanallah
Subhanallah...Allahu Akbar!..tergamam,sujud syukur, itulah
reaksi bila kpit memandang kaabah sejak pertama kali melangkah kaki masuk ke masjidil haram..kpit tercari2 dan nah! sekarang ia di depan mata...sukar nak gambarkan dgn kata2, airmata x henti2 gugur...Ya Allah, ku berterima kasih padaMu Ya Allah krn memberi peluang utkku menikmati semua ini...menurut sejarah, Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam Alaihissalam, dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail Alaihissalam telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.
Bismillahi Allahu Akhbar...Tawaf - (ﻃﻮﺍﻑ) - adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram.
Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim Alaihissalam, sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim Alaihissalam berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail Alaihissalam memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Masjid Nabawi,
MadinahMasjid an-Nabawi (Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
Selepas subuh dari Masjid Nabawi dan makan pagi, Muttawwif ustaz amin memimpin kumpulan kami menziarahi Perkuburan Baqi bersebelahan Masjid Nabawi dan seterusnya Makam Rasulullah SAW bersama dua khalifah pertama di dalam masjid. Adapun menziarahi perkuburan adalah untuk mengingati kematian. Bukan untuk meratapinya. Dan sebagaimana biasa kita disunatkan memberi salam kepada "ahlil-qubur".
mimbar Masjid Nabawi...menuju Raudhah..
ku panjat syukur dgn rezekiMu Ya Allah....
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Jam di Mekah adalah pelengkap kepada 10 jam terbesar didunia sehingga menyempurnakan maksud hadis ” Akan terbina mercu tanda yang lebih tinggi daripada Kaabah sebelum berlakunya Qiamat ” lihatlah bagaimana pentadbiran Allah SWT dalam menyempurnakan maksud hadis Rasulullah SAW.
kedai roti arab yg saban masa tidak lekang dengan pelanggan...terletak di tepi hotel Hijaz Palace, mekah
senario depan dan belakang hotel yg dipenuhi kedai2 jualan..
br selesai menunaikan tawaf wida' (tawaf selamat tggl)....Ya Allah,terimalah ibadahku, doaku, amalku......ampunilah dosa2ku,kedua ibubapaku, suamiku,anak2ku,seluruh keluargaku dan saudara seislamku Ya Allah.....amin
Pengalaman yang begitu menakjubkan, menenangkan serta keinsafan yang mendalam dapat kak pit rasakan sepanjang masa berada di Mekkah dan kak pit berharap agar ianya berkekalan didalam hidup kak pit hingga ke akhir hayat. Sehingga kehari ini, kak pit masih merasakan keseronokan dan kenikmatannya dan berazam untuk kembali mengunjungi tempat suci tersebut ditahun-tahun berikutnya,bersama seluruh keluarga... Insyaallah. kak pit juga memanjat kesyukuran pd Allah swt krn dapat menjalani ibadah umrah tanpa sebarang kesulitan dan kepayahan, apatah lg kak pit mengandung 6 bulan sewaktu mgerjakan ibadah umraa ini. terima kasih di atas kiriman doa sanak saudara, sahabat2 dan anak2 didik pd kak pit...huhuhu sebak la pulak!
kak pit juga berterimakasih kepada pihak Andalusia terutamanya kepada Mutawiff Ustaz Amin kerana sepanjang tempoh disana, kak pit dan semua jemaah menerima layanan dan urusan yang amat baik. Tahniah kepada Kakitangan serta Mutawiff Andalusia!!! "Keep It Up"
No comments:
Post a Comment