kelip-kelip di luar jendela, terbang rendah dilembah dini, laman ku bina menzahir jiwa, ekspresi hati intuisi diri

Tuesday, July 26, 2011

CUTI2 KUCHING (PART I)


alhamdulillah, kpit selamat menghabiskan saki baki cuti sekolah 2010 dgn berkunjung ke negeri yg sering kpit baca dan lihat...KUCHING, SARAWAK!...sblm kesana, kpit bt 'research' tmpt2 menarik yg boleh dilawati dan bertanya kpd kwn2 yg posting di sana..well, ini br part I,so kpit akan ceritakan mana2 tmpt yg tlh kpit sempat lawati sepanjang 4H3M di sana....
enjoy CUTI-CUTI MALAYSIA!

kpit berlepas pd pukul 7.10 pg, LCCT....Airasia

...dah sampai !..perjalanan mgambil masa 1 jam 45 minit.
beberapa poskad yg sempat kpit beli di airport kuching....

sampainya kpit d hotel, kpit check in, simpan beg dan terus turun menuju ke kuching waterfront..hotel kpit mmg terletak di pesisir kuching waterfront...X sah kalau ke Kuching jika x menyinggah ke KUCHING WATERFRONT!..

Tapi hati-hati tau, kpit diberitahu oleh pekerja hotel supaya berhati-hati kalau nak ke kuching waterfront pd wktu mlm. Sudah ada banyak laporan kes-kes ragut dan rompakan di Waterfront, terutama waktu malam. kpit secara peribadi seringkali ke Waterfront, dan alhamdulillah tidak berlaku sebarang kejadian yg tidak diingini.

Gerai makanan dan minuman mudah ditemui di sepanjang kawasan kuching waterfront. Jualan cenderamata dan kraftangan biasanya boleh didapati pd di pesisir kuching waterfront pd wkt malam.

Kapal pesiar, Equatorial.....Sarawak River Cruise tersedia untuk RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Berlepas dari jeti Kuching Waterfront pukul 5.30ptg.

Beberapa info sejarah yg menarik di bandaraya Kuching pd tahun 1870.

pemandangan di Kampung Melayu merentasi Sg Sarawak .. damai dan indah pemandangan dr kuching waterfront nie..nak kesana?..senang sgt2, hanya mengambil bot (sampan) untuk satu bayaran RM0.50!..amacam?..murah glerkan!..tp kalau nak kesana pd wktu mlm, tmbg sikit naik haaa...RM1 sahaja..still murahkan!

'al-tigre' kpit sowang.......hehehe

Arca dr pengarca tersohor negara, Ramlan Abdullah. Struktur tripod ditanam dalam batu padu melambangkan kestabilan dan kekuatan negeri Sarawak . Setiap komponen dibawah dalam struktur ini menunjukkan sesuatu dan dijelaskan dengan baik dalam plak yg tertanam..perghh..kat sini byk arca2 diletakkan..kpit sukeee!

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Astana, hanya bersebelahan dgn bangunan DUN. Dibina 1870 oleh Charles Brooke sebagai hadiah yg amat bermakna bt isteri kesayangannya,Margaret...hmmm, bertuahnya Margaret!

Terdapat beberapa karya seni dan ukiran-ukiran sekitar Waterfront.salah satunya ukiran patung-patung kucing yg comeyy ni!...

hah!...ini antara arca favourite kpit dan papanudin...arca HORNBILL, Terletak berhadapan brooke bistro dan hotel hilton....sapa2 yg nak kesini senang ja, krn ianya masih dikawasan waterfront.

Muzium Sejarah China (dibuka dari 9am-4.30pm kecuali hari pertama cuti umum).Struktur ini dahulunya Chamber of Commerce. Bangunan Cina yang mana dahulu digunakan sbg bangunan mahkamah untuk Cina sarawak. White Rajah pada ketika itu mahu org Cina menguruskan urusan mereka sendiri dan oleh itu pembinaan bangunan squarish kolonial ini dibina. muzium nie terletak di pesisir waterfront.

Setentang muzium sejarah China ialah Kuil Tua Pek Kong. Ini ialah tokong Cina tertua di Kuching.

Khatulistiwa Cafe dan Restaurant dengan seni bina Baruk Bidayuh yg sgt2 estetik. cafe nie terletak sebelah dgn hotel kpit duduk..dan inilah titik permulaan untuk ke Kuching Waterfront.

kpit mginap 4H3M di Grand margharita.....cantik bangat hotelnya, terletak di pesisir kuching waterfront..layanan tip top!

tugu kucing nie mmg terletak berhadapan dgn hotel grand margharita nie..so tiap2 hari kene tgk dia dulu...meow...meowww!...omeynyerrr!

poolnyer yg Vassszz...tp malu nak brenang, coz pool nya terletak betul2
dpn cafe& restaurant hotel...maluuu arrrr!... ; (

saja amik angle nie sbb nak tnjuk kat dpn tu sg sarawak dan terletaknya kampung2 melayu..salah satunya pengusaha kek lapis sarawak yg famous 'kek lapis dayang salhah'!..naik bot tambang 50 je nak kesana....bila mlm happening sgt2 kg tu, sbb bercahaya lip-lap-lip-lap...byk gerai2 makan d buka, so mmg happening! ; )

hehehehe

arca2 yg ada di pamerkan d lobby hotel....menarik sgt2, jarang ada hotel pamerkan
karya2 seni mcm nie kan!...

ok...kpit nak tutup kuching part I, so tggu part2 seteruusnya sbb byk tmpt2 menarik
dan best2 yg boleh kpit kongsi sama2...TGGU tau, part 2 akan menyusul!








No comments:

Post a Comment