kelip-kelip di luar jendela, terbang rendah dilembah dini, laman ku bina menzahir jiwa, ekspresi hati intuisi diri

Friday, July 22, 2011

CUTI2 REDANG

well actually, cuti2 3h2m ini di rancang setelah sekian lama teringin nak ke pulau redang. selalu melihat dan mdengar cerita tentang keajaiban pulau yg cantik nie, so makin terujalah kami di buatnya. kebetulan kpit dpt le duit tunggakan sikit, so bermulalah plan cuti2 kami nie...setelah di roger2 tempat dan budget yg ada, maka sampailah kami ke sini...

sebagai anak jati kelahiran terengganu, sayang rasanya kalau kita x explore keindahan tempat2 percutian especially pulau2 yg terdapat di negeri Darul Iman nie kan...so kpit memulakan journey yg pertama di pulau redang nie...pulaunya besar dan terdapat pulau2 kecil disekitarnya..kpit berpeluang bersnokeling di beberapa pulau kecil spt pulau paku kecil dan pulau kerengga kecil...

Cakkkk!....hihi

kami bertolak (drive ) pd pukul 1 pagi dr banting slps menidurkan anak2 kesayangan kami di rumah atok&opah dibanting....hehehe. perjalanan dr banting - KT mengambil masa hampir 6 jam utk sampai ke jeti syahbandar, di bandar KTgganu. kami terpaksa kejar masa sbb bot feri bertolak ke redang pd pukul 9 pg. hmm, papanudin 3 -4 kali terpaksa berhenti tdo sbb ngantuk ms dlm perjalanan, so kpit la tukang check masa lorr...( next time naik bas/flight je lah sonang!). Tambang feri dah included dlm pakej...so pergi dan balik satu kepala dlm rm200, 2 kepala rm400!..perjalanan dr jeti syahbandar KT ke jeti redang mengambil masa hampir 2 jam...

setibanya di lobi BERJAYA REDANG BEACH RESORT ,teluk dalam, kpit disambut mesra oleh petugas hotel..duduk aje, diberi minuman jus honey dew yg mmg 'chill' dan urusan pendaftaran masuk di selia dgn baik oleh petugas hotel dgn hanya duduk sahaja di lobi... ; )

mmg best gler BERJAYA REDANG nie ( damai & chanteekkk),luxury,layanan tip top dr jeti sampailah ke hotel, dan mmg kami enjoy sgt2 pool nya yg besar dan air lautnya yg jernih dan berteluk...so mmg privasi thp gaban...dan sesuai sgt2 utk yg nak berbulan madu. ( pengantin lama dan baru di alu2kan k ; )

panorama view taken from FUJIFILM semi pro....

my room
my veranda
my restroom
inilah view dr bilik pginapan kpit selama 3h2m nie (depan sekali beranjung)...cantik dan nmpak moden. sebenarnya mmg ada rezeki kami kesini, pd awalnya kpit cuba booking hotel disini, tp hampa apabila diberitahu semua bilik 'fully booked'!..mmg hampa asalnya, tp sbb x putus asa kpit sentiasa meroger2 bilik sehinggalah kpit diberitahu yg ada bilik disediakan yg mana bilik2 nie br selesai di renovation...dahla br di renovation, harganya pon sikit murahla dr bilik asal yg nak di booking..alhamdulillah ada rezeki kami..kpit diberitahu asalnya bilik2 ini adalah rumah pginapan utk pekerja2 hotel...hmm patutla nmpak masih baru interior dan perabotnya

berjaya shoppe!...mcm2 benda ada dijual disini..chaiyookk!

kpit di bistro BERJAYA..nice view dr sini tau...

papanudin yg makan banyak setelah sepanjang petang berendam di pantai...terbakar kulit papanudin sbb x mo pakai sun block losyen...akibatnyer satu badan dia rasa perit...at last, barulah nak guna ...hehehe

banyak yatch2 yg menarik berlabuh di jeti...kpit pon ambil peluang meroger2 tmpt utk bersnokeling esok...yibba!!

nice pool hah!...poolnya mmg besar...mmg seronok!


naik kecut kulit masih x mau naik2 lagi kpit nie taw...
hahaha papanudin dah bising2 suruh naik..

kpit di jeti pasir panjang...disinilah terletaknya LAGUNA Hotel dan chalet2 yg sgt happening disepanjang kawasan pasir panjang.

aktiviti kami byk kpd snorkeling dan island hopping di 5 tempat...kpit x amik pakej yg disediakan oleh hotel, kami ambil pakej dr luar yg mana lg byk tmpt yg dibawa dan harganya sikit murahla.( ikhlas, mmg berbaloi2)..subhanallah, amazing bila tgk coral2 dan ikan pelbagai spesis yg mmg x pernah d lihat sblm ini...penyu pun banyak tau.ikan2 nya sgt jinak, manja2, suka geget2 tangan. hehe kpit layan berjam2 bg ikan2 nie makan. jgn risau, sbb byk tmpt yg jual makanan ikan nie, bkn sebarangan makanan kita boleh bagi tau!.syok2..insyaallah ada rezeki nak kesana lagi..tp kpit nak cari chalet pula...so kene kumpul duit dr skrg dan mula 'searching'... (hmmm, teringat-ingat betapa seronoknya bersnorkeling............... ; )

lihatlah kejernihan airnya..mmg amazing! coral2 dan pgalaman di dasar lautan mmg x terzahir ngan kata2...patutlah rmai divers yg akan jatuh hati pd aktiviti ini...subhanallah, agungnya keindahan ciptaan Allah swt ini..

seharian kami bersnokel dan meneroka keindahan alam dasar lautan disekitar pulau redang..sesampainya di hotel kpit terasa masih x puas utk berendam dan bersnokel, maka kpit mengajak papanudin bersnokel di area BERJAYA teluk dalam...akhirnya kami terkesima bila dapat tahu yg disini ada pelantar yg disediakan khas utk penginap2 disini bersnokeling..alahai awat x kaboo awal2!...hahaha

ikan notty...suka geget2...*wink2

sweet memories...


kelip-kelip di celah dahan,
terbang ia ke pucuk cendana,
indahnya alam ciptaan tuhan,
tidak terzahir dengan kata-kata... ; P











No comments:

Post a Comment