kelip-kelip di luar jendela, terbang rendah dilembah dini, laman ku bina menzahir jiwa, ekspresi hati intuisi diri

Wednesday, July 27, 2011

CUTI2 KUCHING (PART 2)


KAMPUNG BUDAYA SARAWAK, SANTUBONG

hari kedua kpit di kuching...so mmg kpit da plan nak ke kampung budaya sarawak (KBS) atau Sarawak Cultural Village di santubong..perjalanan dr hotel ke KBS nie mgambil masa 45 minit. kpit naik shuttle yg dibayar RM90 termasuk tiket utk masuk ke KBS nie...hehehe. tp sayangnya explorasi kpit nie x d sertai papanudin dan bongsaufi sbb depa sibuk ngan kerja depa....huhuhu..so i'm a lone ranger laa..... ; )


Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar diharap mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut. Kampung budaya sarawak (KBS) nie mmg havoc dan happening bila time "rainforest music festival" dan 'Rhythm of borneo"...masa kpit smpai ke kuching, depa tgh siap2 utk bt persediaan nak smbut rainforest music festival...hmmm, timing salah la nie..huuhuhu..hmmm melangkah masuk ke pintu gerbang KBS nie, terasa dingin, aman, damai sekali...dr jauh da nmpak gunung santubong....aduhai, romantisnya rasa masa nie...bestnyer kalau papanudin ada skali ; (

tiket masuk seperti yg tertera diatas ya...hehehe.
Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun kpit rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.
setelah diberi tiket, kpit diberi sekeping pasport hijo..hehe ( my favourite colour). tujuannya bila setiap kali kita melawat rumah2 tradisional suku kaum di sabah dan sarawak nie, kita akan cop didalam buku sbg tanda kita dah melawat dan menikmati keindahan estetik seni dan budayanya yg unik ini...whoaaa!..teruja lak kpit!

inilah peta kedudukan dlm KBS nie..luas bangat tmpt nie...x laratttt!..
(gambar ihsan google image)
lihatlahhh keindahannnn!...yippiey!..inilah tmpt pertama dr kpit masuk baya tiket td...ini sebenarnya tmpt jualan cenderahati/kafeteria dan panggung budaya..luas dan cantik senibinaanya..semua guna khazanah alam. yg best..dr sini jelas kelihatan gunung santubong...suhu mmg dingin, kpit lak kesini pd awal pg sekitar pukul 9.45pg..layu rasa mata nie!...hihihi
well jgn risau tersesat k...kat sini da dipamerkan arah jalan menuju rumah2 etnik nie..
(hmm, akhirnya mmg sesat dah ponnnn!)

ini bangunan panggung budaya, tmpt kita akan tgk persembahan kesenian masyarakat peribumi sarawak...hmmm, kpit tgk jam...ada sejam setengah lg sebelom show bermula..so jom jalan2 dulu..ok mai lah kpit citer serba sikit ttg KBS nie ...Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina.


cantik dan unik rumah melanau nie kan!...Di Kampung Budaya Sarawak, Kuching, identiti kaum Melanau cuma ditonjolkan menerusi pembinaan rumah yang tinggi dan mempunyai tiang sebesar satu pemeluk. Tetapi rumah panjang Melanau di Kampung Sok membuktikan kaum ini telah mempunyai rumah panjang sejak mula kewujudan kampung ini pada tahun 1872..

Rumah Melanau antara kediaman peribumi Sarawak paling menyerlah kerana dibina 40 kaki dari tanah. Tujuan utama adalah mengekang serangan musuh dan mengelak banjir. Menariknya, kaum yang asalnya menetap berhampiran kawasan pinggir pantai ini menjadikan sagu sebagai makanan utama berbanding nasi.
rumah ni melanau nie agak cantik jugaklah dan sgt tinggi! so kalau nak naik, jgnlah pakai high heels taw, mau berpapah nak balik kang!...hahaha..apapon kpit mersakan kepenatan memanjat tangga kayu pasti terubat apabila menyaksikan hasil seni kaum ini yang menjadi latar dinding di beranda rumah suku kaum ini. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan orang Melanau mengalunkan irama tradisional menggunakan sape, alat muzik kebanggaan mereka.

ruang dalam rumah melanau...lantainya sgt2 gayat..pakai buluh2 dan jarang2...nak jln suspen tol!..siap ada sound bunyi..kreukk...kreukkkk!...hahahahuhuhu, so kpit x lama la kat sini...cpt2 amik gamba pastu turun...


beranda rumah melanau... x luas mana..ckplah setakat nak menyumpit, intai2 dan mengayat aweks...hahahhaa.kalo nak duduk2 sembang, x sesuweiii noksss!


Bermula dengan empat pintu, keluasan rumah ini telah diperbesarkan sehingga memiliki 26 pintu pada tahun 1888. Pada asalnya, struktur asas rumah panjang ini diperbuat dari Kayu Belian dan atapnya pula menggunakan daun pokok Sagu.
kpit menuju ke gerai jualan kuih sagu dan produk sagu.....disinilah juga mak bonda menelefonku, adusss sedih rasa hati, rasa cam jauh d perantauan la pulak, dah le damai, sejuk, emosi kpit pun sedikit terganggu...ohh maaaa!...windu kat anak2 lorr......huhuhuhu
monumen masyarakat peribumi sarawak....

rumah melayu...mcm rumah tradisional perak..x jauh beza, cuma yg nie duk kat sarawak...itu aje!

hehe...tokwan nie terkejut sbb ms kpit masuk rumah bg salam dia terlelap!...hebat leh terlelap sambil duduk!..sian tokwan..x pa tokwan, teruskan tido...mmg syok layan mata jap kene pulak angin sepoi2 bahasa, dingin gtu....hmm terasa nak amik bantal je
join tokwan nie!..huhu

kat dlm rumah melayu nie ada pelamin, bilik pegantin bagai...tp sayangnya pgantin x adooo!..so kpit posing solo je la yew!...

....view dr teratak rumah melayu, kg budaya sarawak...


oppsss!...ada org kat dapo rupanyer!...hehe, depa nie bt kuih utk promosi dan jual..so sambil demo depa jual produk makanan tu skali....kakak nie bt kue kapit cara tradisional..hmm sedapner bau!..yum2..kpit pon belila sepeket wat kudap sambil jalan2..rm2 je sebungkus..
hah!..inilah bnda yg kpit nak sgt cuba naik tu...selalu tgk dlm tv kan!..last tgk masa rancangan 'icip-icip' masa chef anis adiba shooting kat sini...hehehe, at last...hmmm x berapa gayat..ok jew naiknyer..cuma hope sgt tali pgikat tu x putus la kannnnn!..ahaksss

skrg kpit moving to rumah org ulu...Orang Ulu pula seperti namanya, gemar membina penempatanberselerak di tanah tinggi dan di tebing sungai utama. Bagaimanapun, kaum yang menjadikan pertanian sebagai sumber makanan ini membina rumah panjang mereka supaya tahan untuk tempoh yang lama.hmm kpit suka la rumah nie,tinggi rasa selamat dr binatang buas dan banjir kan!..


pemandangan dr dalam rumah orang ulu...kpit suka binaan lantainya...nmpak lebih kukuh berbanding rumah melanau.

Orang Ulu juga terkenal kerana kehalusan seni pertukangan pedang yang dicemburui musuh mereka. Mereka menghasilkannya daripada besi yang didapati dari sekitar kawasanpenempatan yang kemudian disejukkan dengan air sejuk pergunungan.


kelihatan abg kaum ulu senang meraut kayu utk d buat alat muzik sapee....sorri la bang, x leh layan lama2 ya...sbb perjalanan kpit masih jauh!..hahaha


abg org ulu bermain sapee...dahla terer bt sape, main pon pandai...cayaKUUUU!...
akak2 kat rumah org ulu sedang membuat kerepek ubi...sodap ubinyer...lain la rasanya..nyesal beli sebungkus jew!,...nak patah balik beli?..hmmm x berbaloi nak manjat umah tiang tggi!...hihihi

rumah ni siyes mmg tinggi! sumpah gayat kpit dibuatnya. kpit cuba2naik guna tangga diorang yg dr kayu tu pastu kpit try tgk bawah memang berderau! kalaula jatuh memang kena baham dek monyet2 yg suka curi makanan org dkt situ...nauzubillah..jauhkanlah!
okiess...kita berhenti jap..sbb kpit lappooo!...hahaha..kpit bergegas ke kafeteria yg terletak kat pangkal perjalanan tadi..elok jugak kpit isi perut sbb kul 11.30 pg ada show di panggung budaya...chanteekkk!


menu pertama di order..UMAI!...hahaha, akhirnya ketemu jua.....mmg sedap lorrr! x payah ada smbal belacan dah...dia punya rasa masam, pedas, manis, masin kaWwWw punyer!


mcm x percaya!....
nasi + umai + asam pedas tenggiiri + sayur bayam + jus tmbikai= RM 12 nett!..hahaha....berbaloi2​!

inilah kafeteria kpit makan tadi....open air!


kpit dah kenyang...so skrg moving katpanggung budaya nak tgk cultural show...Waktu show (kat bilik teater):Pukul 11.30 pagi & pukul 4 petang(mesti tengok ni, rugi bayar mahal-mahal kalau tak tengok)



persembahan makan masa hampir 1 jam...itupun x cukup ooo...nak lagi, sbb best!
penari nie seputik mukanya cam aril af7 taw...hehehe

lampu candeliar kat dlm panggung budaya...chanteekkk!...lampunya bentuk periuk kera..

ok...skrg kpit ke rumah iban...Kaum Iban atau nama lainnya Dayak Laut membina rumah panjang yang boleh bertahan antara 15 hingga 20 tahun. Mereka hanya berpindah apabila tanah di sekeliling rumah panjang mereka mula mendap atau kurang subur.

Rumah orang Iban dibina menggunakan balak dengan daun sebagai atap. Menariknya, rumah yang lazimnya dibina berhampiran sungai ini memiliki koridor yang panjang di bawah satu bumbung.


Rumah panjang yang terdapat di sini mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pelawat sering dijemput menghadiri majlis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang diperbuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras. Rumah tumpangan yang selesa juga ada disediakan untuk pelawat."

makcik yg tekun menenun kain pua kumbu
makcik yg tgh menggoreng kue goyang nie peramah gler....borink jew mamat sebelah tgk makcik tu layan kpit!...hahahah
...dlm byk2 topeng, ko jugak yg aku bekenan....hihihi

kpit with iban warriorss....aumm


on the way nak ke rumah Penan, kpit stop kejap dekat 'Dewan Lagenda'. tempat ni lebih kurang mcm tempat utk dibuat persembahan semasa pesta muzik rainforest...sgt2 lapang!. dkt bawah tu mcm ada kedai souvenir tp time kpit dtg, kedai tu tutup lorr!



Lepas tu kpit kerumah org Penan pulak. dkt sini korang boleh tgk org Penan main sumpit.. tp ms kpit dtg org sumpit x dokkk...cuti gamoknyer!..huhuhu tp x apalah kpit citerlah serba sikit sejarah umah penan nie k...Rumah Penan boleh diibaratkan sebagai pondok sejajar dengan kehidupan mereka yang gemar berpindah-randah. Pondok kecil dan amat praktikal ini dibina untuk bertahan beberapa minggu atau bulan yang lazimnya didirikan berhampiran sagu liar.



ini rumah bidayuh longhouse....lantainya agak gayat gak..mcm nak runtuh!..depa guna buluh2 sbg binaan..
ruang dalaman rumah bidayuh longhouse....

pakcik nie sedang bt tabung buluh...dia sedang melarik coraak motif flora kat tabung buluh tu...tabung2 buluh nie dijual kpd pgunjung...tp kpit x beli, kpit suka menabung kat bank, kat sini bahaya...bila2 masa leh kopak kannnnn!...hahaha


ini rumah utama bidayuh@ head bidayuh. Rumah Bidayuh misalnya kelihatan seakan pondok besar berbentuk bulat. Kaum yang asalnya menetap di tebing Sungai Sadong dan Sungai Sarawak ini gemar membuat rumah di lereng bukit sehingga kelihatan seperti tangga gergasi.

awek bidayuh yg genit..
Selain mengurangkan risiko serangan musuh, tangga gergasi itu memberi kelebihan untuk mengumpul air dari bukit. Empangan kecil pula dibina untuk menyalurkan air ke perkampungan suku kaum ini menggunakan buluh.


dlm rumah Bidayuh ni ada tengkorak asli yg digantung! kpit tak dgr sgt explanation pasal tengkorak ni sbb kpit dok sibuk snap gambar sana sini. kpit rasa tu tengkorak musuh diorang kot..neway kpit x snap byk gambo tgkorak tu...serammmmm!



kpit di apit oleh 2 aweks bidayuh yg genit gtu!..awww


oklah ....smpai sini kpit berjalan2 cari pgalaman dan lihat keindahan di kampung budaya sarawak....Pendek kata Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa. Apatah lagi kpit diberitahu kebanyakan kaum-kaum minoriti di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu dan Melanau juga kini sedang dilanda era kemodenan. Jadi mereka sudah tidak tinggal di dalam rumah yang bercirikan tradisional seperti ini.
well actually, bg kpit walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun kpit rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.... maka berakhirlah perjalanan satu hari di kuching utk hari ke2 kpit di kuching..nantikan CUTI2 KUCHING PART 3 yg lg best!... ; )












No comments:

Post a Comment